Wednesday, December 28, 2011
Istimewanya Disember ini...
Thursday, December 22, 2011
senandung buat Khalieshah
mama mu mahu sembahyang,
ayahmu pergi berjuang,
petang nanti dia pulang,
petang nanti dia pulang.
Laillahaillallah 2x
Muhammadur Rasulullah.
Khalieshah anakku manja,
tingkahmu harus kau jaga,
jagalah nama keluarga,
elakkan berbuat dosa,
hormatlah pada yang tua..
hmmmm....hmmmm...hmmmmm...
Aduhai Khalieshah sayang,
jangan sekali kau lepas pandang,
solatlah malam dan siang,
hidupmu kan damai tenang,
Tuhan pun kan tetap sayang.
Laillahaillallah 2x
Muhammadur Rasulullah.
Khalieshah permata hati,
janganlah lupakan diri,
andai kau berjaya nanti,
syukurlah pada Ilahi,
agar engkau diberkati.
hanya itu mama nak pesan,
janganlah engkau lupakan,
marah mama bencilah bukan
tanda sayang yang berpanjangan,
tetap utuh sepanjang zaman.
Sunday, June 6, 2010
Sambutan Hari Guru Sekolahku
Sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru pada 27 Mei 2010. Antara Program yang dijalankan pada majlis tersebut ialah nyayian lagu 'Guru Malaysia', pertandingan menganyam ketupat dan sukaneka. saya selitkan di sini beberapa keping gambar untuk tatapan rakan-rakan.
Thursday, June 3, 2010
RAHSIA BULAN KELAHIRAN
JANUARI * Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. * Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. * Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. * Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. * Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. * Pandai mengambil hati orang lain. * Pendiam kecuali telah dirangsang. * Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. * Mudah mendisiplinkan diri sendiri. * Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. * Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. * Cukup sayang pada kanak-kanak. * Suka duduk di rumah. * Setia pada segala-galanya. * Perlu belajar kemahiran bersosial. * Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI * Berfikiran abstrak. * Sukakan benda yang realiti dan abstrak. * Bijak dan pintar * Berpewatakan yang mudah berubah. * Mudah menawan orang lain. * Agak pendiam. * Pemalu dan rendah diri. * Jujur dan setia pada segalanya. * Keras hati untuk mencapai matlamat. * Tidak suka dikongkong. * Mudah memberontak apabila dikongkong. * Suka kegiatan yang lasak. * Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. * Mudah mempamerkan marahnya. * Tidak suka benda yang remeh-temeh. * Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. * Sangat berani dan suka memberontak. * Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. * Pemerhatian yang tajam. * Suka hiburan dan sukan. * Suka benda yang bersifat seni. * Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. * Berkecenderungan pada benda yang tahyul. * Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. * Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC * Berpesonaliti menarik dan menawan. * Mudah didampingi. * Sangat pemalu dan pemendam rasa. * Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. * Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. * Suka pada kedamaian. * Sangat peka pada orang lain. * Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. * Tidak cepat marah dan sangat amanah. * Tahu membalas dan mengenang budi. * Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. * Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. * Suka berangan-angan. * Suka melancong. * Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. * Kelam kabut dalam memilih pasangan. * Suka dengan hiasan rumahtangga. * Punya bakat seni dalalm bidang muzik. * Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. * Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL * Sangat aktif dan dinamik. * Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. * Sangat menarik dan pandai menjaga diri. * Punya daya mental yang sangat kuat. * Suka diberi perhatian. * Sangat diplomatik (pandai memujuk ). * Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. * Sangat berani dan tiada perasaan takut. * Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. * Emosi cepat terusik. * Cuba kawal perasaan. * Kecenderungan bersifat pendendam. * Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. * Kuat daya ingatan. * Gerak hati yang sangat kuat. * Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. * Berpenyakit disekitar kepala dan dada. * Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI * Keras hati & degil. * Kuat semangat & bermotivasi tinggi. * Pemikiran yang tajam. * Mudah marah apabila tidak dikawal. * Pandai menarik hati & perhatian orang lain . * Perasaan yang amat mendalam. * Cantik dari segi mental & fizikal. * Tidak perlu dimotivasikan. * Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. * Mudah dipujuk. * Bersikap sistematik (otak kiri). * Suka berangan. * Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. * Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. * Daya khayalan yang tinggi. * Permikiran yang tajam. * Pandai berdebat. * Fizikal yang baik. * Kelemahan sistem pernafasan. * Suka sastera, seni & muzik serta melancong. * Tidak berapa suka duduk di rumah. * Tidak boleh duduk diam. * Tidak punya ramai anak. * Rajin dan bersemangat tinggi. * Agak boros
JUN * Berfikiran jauh & berwawasan. * Mudah ditawan kerana sikap baik. * Berperangai lemah lembut. * Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. * Idea yang terlalu banyak di kepala. * Bersikap sensitif. * Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). * Sukar melakukan sesuatu dengan segera. * Bersikap suka menangguh-nangguh. * Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. * Cepat marah & cepat sejuk. * Suka bercakap & berdebat. * Suka buat lawak & bergurau. * Otaknya cerdas berangan-angan. * Mudah berkawan & pandai berkawan. * orang yang sangat tertib. * Pandai mempamerkan sikap. * Mudah kecil hati. * Mudah kena selsema. * Suka berkemas. * Cepat rasa bosan. * Sikap terlalu memilih & cerewet. * Kurang mempamerkan perasaan. * Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. * Suka pada barang yang berjenama. * Mudah menjadi eksekutif. * Kedegilan yang tidak terkawal. * Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI * Sangat suka didamping. * Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. * Agak pendiam kecuali dirangsang. * Ada harga dan maruah diri. * Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. * Mudah dipujuk dan bercakap lurus. * Sangat menjaga hati orang lain. * Sangat peramah. * Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. * Berjiwa sentimental. * Jarang berdendam. * Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. * Tidak suka benda remeh-temeh. * Membimbing cara fizikal dan mental. * Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. * Layanan yang serupa terhadap semua orang. * Tinggi daya simpati. * Pemerhatian yang tajam. * Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. * Mudah dan rajin belajar. * Suka muhasabah diri. * Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. * Suka mendiamkan diri. * Suka duduk di rumah. * Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. * Tidak agresif kecuali terpaksa. * Lemah dari segi kesihatan perut. * Mudah gemuk kalau tak kawal diet. * Minta disayangi. * Mudah terluka hati tapi lambat pulih. * Terlalu mengambil berat. * Rajin dalam membuat kerja
OGOS * Suka berlawak. * Mudah tertawan padanya. * Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. * Berani dan tidak tahu takut. * Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. * Pandai memujuk orang lain. * Terlalu pemurah & bersikap ego. * Nilai harga diri yang sangat tinggi. * Dahagakan pujian. * Semangat juang yang luar biasa. * Cepat marah & mudah mengamuk. * Mudah marah apabila cakapnya dilawan. * Sangat cemburu. * Daya pemerhatian yang tajam & teliti. * Cepat berfikir. * Fikiran yang berdikari. * Suka memimpin & dipimpin. * Sifat suka berangan. * Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. * Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. * Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. * Belajar untuk bertenang. * Sikap kelam kabut. * Romantik, pengasih dan penyayang. * Suka mencari kawan
SEPTEMBER * Sangat bersopan santun & bertolak ansur. * Sangat cermat, teliti & teratur. * Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. * Pendiam tapi pandai bercakap. * Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. * Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. * Kerja yang dilakukan sangat sempurna. * Sangat sensitif yang tidak diketahui. * orang yang banyak berfikir. * Daya pentaakulan yang baik. * Otak bijak & mudah belajar. * Suka mencari maklumat. * Kawal diri dari terlalu mengkritik. * Pandai mendorong diri sendiri. * Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. * Suka sukan, hiburan & melancong. * Kurang menunjukkan perasaannya. * Terluka hatinya sangat lama disimpan. * Terlalu memilih pasangan. * Sukakan benda yang luas. * Bersistematik
OKTOBER * Suka berbual. * Suka orang yang sayang padanya. * Suka ambil jln tengah. * Sangat menawan & sopan santun. * Kecantikan luar & dalam. * Tidak pandai berbohong & berpura-pura. * Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. * Sentiasa berkawan. * Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. * Cepat marah. * Macam pentingkan diri sendiri. * Tidak menolong orang kecuali diminta. * Suka melihat dari perspektifnya sendiri. * Tidak suka terima pandangan orang lain. * Emosi yang mudah terusik. * Suka berangan & pandai bercakap. * Emosi yang kelam kabut. * Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). * Suka melancong, bidang sastera & seni. * Pengasih, penyayang & lemah lembut. * Romantik dalam percintaan. * Mudah terusik hati & cemburu. * Ambil berat tentang orang lain. * Suka kegiatan luar. * orang yang adil. * Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. * Mudah patah semangat
NOVEMBER * Banyak idea dalam perkara. * Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. * Berfikiran kehadapan. * Berfikiran unik dan bijak. * Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. * Pemikiran yang tajam. * Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. * Sesuai jadi seorang doktor. * Cermat dan teliti. * Personaliti yang dinamik. * Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. * Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. * Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. * Terlalu degil dan keras hati. * Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. * Tak suka marah kecuali digugat. * Mudah ambil berat terhadap orang lain. * Pandai muhasabah diri. * Cara berfikir yang lain dari orang lain. * Otak yang sangat tajam. * Pandai mendorong diri sendiri. * Tidak hargai pujian. * Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. * Cuba sampai berjaya. * Badan yang sasa. * Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. * Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. * Suka duduk di rumah. * Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. * Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. * Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. * Bercita-cita tinggi. * Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER * Sangat setia dan pemurah. * Bersifat patriotik. * Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. * Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. * Bercita-cita tinggi. * Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. * Seronok bila didampingi. * Suka bercampur dengan orang. * Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. * Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. * Tidak pandai berpura-pura. * Cepat marah. * Perangai yang mudah berubah-ubah. * Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. * Benci pada kongkongan. * Suka berlawak. * Pandai buat lawak dan berfikiran logik "
Friday, March 26, 2010
Tuesday, December 29, 2009
Amalan Si Suami Semasa Isteri Mengandung
Amalan suami semasa isteri mengandung.
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :
*Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
*Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
*Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
*Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
*Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
*Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
*Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.
*Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.
*Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
*Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
*Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
*Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.
Adab suami ketika isteri sedang mengandung
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :
*Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
*Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
*Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
*Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
*Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah. Sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim."
*Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.
Dorongan Suami semasa isteri bersalin
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.
Mengapa bayi lahir menjadi kenan
Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kuman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya.
Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.
Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak
*Menanam uri - Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi di dalam kandungan. Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam. Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.
*Mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.
*Mendoakan anak - Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaannya. Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.
Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:
*Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.
*Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.
*Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
*Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.
*Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.
Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak-anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu:
*Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Baqarah : 128
*Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
*Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
*Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
*Doa ketika memberi nama anak
Panduan menamakan anak
Sunat memilih nama yang baik. Memberikan nama merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.
Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Namakan dengan nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi).
Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.
Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang. Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.
Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak.
Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak.
Memberi gelaran kepada anak
Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya.
Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.
Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah.
Siapa yang berhak, ayah atau ibu?
Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana dalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasabkan kepada ayah bukan ibu.
Penyembelihan aqiqah
Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.
Hikmah aqiqah.
*Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.
*Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.
*Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.
*Melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.
*Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.
*Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.
*Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
*Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.
*Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.
*Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya". Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.
*Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
*Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalah sama terpuji pada pemotong korban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri, sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.
*Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
*Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.
*Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.
Mengkhatankan anak
Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan. Hukum berkhatan menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib.
Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW.
Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Rasulullah dilahirkan sudah berkhatan dan juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail.
Hikmah dan kelebihan berkhatan
*Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan.
*Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.
*Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.
*Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat.
*Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.
*Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandung makna yang mendalam.
Mendidik moral anak
Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa. Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya :
*Pendidikan supaya bersyukur
*Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah
*Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua
*Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya.
*Pendidikan tentang solat
*Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar
*Pendidikan supaya bersabar
*Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh
*Pendidikan kesederhanaan
Erti anak bagi orang tua
Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun di sebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:
*Anak sebagai rahmat Allah SWT
*Anak sebagai amanat Allah SWT
*Anak sebagai harta yang tergadai
*Anak sebagai penguji keimanan
*Anak sebagai alat untuk beramal
*Anak sebagai saham di akhirat
*Anak sebagai sumber kebahagiaan
*Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
*Anak sebagai penyambung cita-cita
*Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan
Wallahu'alam.
Dipetik dari norazura.blogdrive
Selamat Datang
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana melayari laman blog saya ini. Diharap agar mendapat manfaat yang sebaiknya. Terima kasih..