Thursday, December 22, 2011

senandung buat Khalieshah

Tidurlah Khalieshah sayang,
mama mu mahu sembahyang,
ayahmu pergi berjuang,
petang nanti dia pulang,
petang nanti dia pulang.

Laillahaillallah 2x
Muhammadur Rasulullah.

Khalieshah anakku manja,
tingkahmu harus kau jaga,
jagalah nama keluarga,
elakkan berbuat dosa,
hormatlah pada yang tua..

hmmmm....hmmmm...hmmmmm...

Aduhai Khalieshah sayang,
jangan sekali kau lepas pandang,
solatlah malam dan siang,
hidupmu kan damai tenang,
Tuhan pun kan tetap sayang.

Laillahaillallah 2x
Muhammadur Rasulullah.

Khalieshah permata hati,
janganlah lupakan diri,
andai kau berjaya nanti,
syukurlah pada Ilahi,
agar engkau diberkati.

hanya itu mama nak pesan,
janganlah engkau lupakan,
marah mama bencilah bukan
tanda sayang yang berpanjangan,
tetap utuh sepanjang zaman.

1 comments:

azurapm1jaj said...

saya dedikasikan senandung ini buat anak kesayangan saya, ianya tercipta ketika saya membuaikan dia di dalam buaian. maka terhasillah senandung buat Khalieshah.

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates