Wednesday, December 28, 2011

Istimewanya Disember ini...

Assalamualaikum... Bagi sesetengah orang biasanya mereka akan mengenang satu hari itu sebagai hari istimewa bagi dirinya, namun bagi aku Disember ini adalah yang teristimewa bagi hidupku. Ini kerana banyak yang berlaku dan banyak hari-hari keramat yang jatuh dalam bulan disember tahun ini. Pertama sekali iaitu hari kelahiran ku yang ke-31 sehari sebelum krismas iaitu 24 Disember, keduanya ialah pada 28 Disember adalah ulang tahun perkahwinanku yang ke 3 iaitu jatuh pada 3 safar 1433 hijrah, dan yang ketiga pula anak dan suami ku akan menyambut ulang tahun kelahiran mereka pada hari yang sama pada 31 Disember 2011. Selain itu juga banyak perkara yang berlaku dalam bulan ini yang tak mampu aku coretkan disini, biarlah ianya menjadi simpanan di dalam hatiku. Disember ini juga mengembalikan dan menambah lagi kasih sayang keluarga ku yang hampir pudar. semoga ianya terus bergemerlapan hingga keakhir hayatku, amin.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates